Saturday, August 15, 2009

Tips untuk muslimah


Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapat mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa.

Untuk mendapat bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.

Untuk mendapat rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.

Jadi, jangan sesekali kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu untu menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambut.

Kecantikan wanita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanya terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih, meberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Majlis Berbuka Puasa Nisa Lumut 2

Majlis Berbuka Puasa Nisa Lumut 2, diadakan padahari isnin bersamaan 3 Ogos 2009 bertempat di rumah Ketua Nisa, Pn Roslina Nor. Semua Ajk Nisa Lumut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

Walaupun penat berpuasa, semua tetap hadir dengan ceria dan sabar menunggu azan magrib berkumandang.
Alhamdulillah, kerana Nya kami mampu menyelesaikan puasa sunat ini. Juadah yang dihidang di makan ala kadar untuk melapik perut yang kosong sebelum solat maghrib berjemaah ditunaikan.

Jamuan diteruskan lagi selepas kuliah maghrib oleh muslimat yang turut hadir pada majlis tersebut.


Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang bersama-sama berpuasa sunat hari isnin, Kini merekalah insan yang paling seronok ketika berbuka.



Majlis berakhir dengan sedikit ucapan dari tuan rumah yang juga menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke.... Sekian.




Tip untuk Ibu hamil.

Makanan Ibu Mengandung


Setiap makanan yang mungkin diidamkan oleh ibu mengandung mestilah ada had dan pantang larangnya. Makanan tertentu dikatakan ada baik dan buruknya kepada ibu mengandung dan anak yang bakal dilahirkan.

Berbagai jenis makanan disenaraikan sebagai memanaskan, menyejukkan, tajam, berangin, dan mungkin beracun atau memudaratkan kandungan serta menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

1) Makanan Sejuk
Makanan yang disenaraikan sebagai sejuk adalah seperti sayur-sayuran, sesetengah buah-buahan, the dan herba-herba Cina, air tebu, air tembikai, air nenas dan betik. Jika dimakan akan menyebabkan tangan dan kaki berasa kebas, pening kepala, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi dan juga kejang otot.

Ibu mengandung juga dilarang memakan makanan sejuk kerana ia boleh melemahkan kandungan, kesihatan ibu dan boleh menyebabkan keguguran.


2) Makanan Panas.
Makanan yang disenaraikan sebagai panas pula ialah daging termasuklah daging lembu dan kambing, rempah, sesetengah buah-buahan tempatan seperti durian, beberapa jenis herba Cina dan coklat. Walaupun makanan ini tidak dilarang dimakan ketika mengandung, ramai percaya memakam makanan tersebut boleh menyebabkan anak kerdil dan ibu mengandung mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. Durian tidak digalakkan kerana buah ini dipercayai menyebabkan anak bisul di kepala setiap musim durian.


3) Makanan Lain Yang Dilarang
Binatang bersisik atau berkulit kasar juga dilarang ibu mengandung memakannya kerana ia boleh menyebabkan anak berkulit kasar dan mempunyai masalah kulit.

Pantang larang makanan ini lebih ketara sewaktu ibu melalui tempoh pantangnya selama 44 hari. Masa inilah ibu digalakkan memakan makanan panas yang boleh membantu memulihkan kesihatan badannyan dengan cepat.

Bagaimanapun kesemua adapt tersebut hanyalah boleh dilakukan apabila ianya tidak bertentangan dengan Islam, tidak menimbulkan kesyirikan. Apabila ada adapt yang mengandungi unsure kesyirikan, maka ianya wajib ditinggalkan agar tidak menjejaskan keimanan kita.

Sepetang Di Sg. Tiram.

Jumaat, 31 Julai 2009, Pas Cawangan Sungai Tiram telah mengadakan Program "Sepetang Di Sungai Tiram" dengan kerjasama Muslimat dan Nisa Kawasan Lumut. Program ini di adakan di halaman Surau Di Parit Haji Dollah.



Tetamu yang hadir bukan sahaja dapat menyertai pertandingan yang diadakan tetapi juga dapat beramahmesra dengan Adun Pasir Panjang iaitu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin.





Jamuan ringan turut disediakan oleh Muslimin Cawangan Sg Tiram iaitu bihun sup serta kuih-muih tradisional yang menyelerakan.


Inilah jemputan VIP yang sudi memeriahkan lagi program Sepetang di Sg Tiram.



Tetamu yang tidak cukup tempat duduk, maka disediakan tempat yang istimewa beralaskan tikar plastik di bawah rumah salah seorang penduduk di Sg Tiram.


Tersenyum gembira para tetamu yang hadir, dari manjung ke Sg. Tiram memang jarang sekali. Inilah masanya semua warga Pasir Panjang berkenal-kenalan di majlis seperti ini. Syukurnya..



Dato serta Datin dan anak kecilnya sedang memerhatikan hidangan yang di pertandingkan oleh peserta pertandingan.



Semua penduduk Sg Tiram berasa amat gembira dengan kehadiran Datin Seri. Jemputlah lagi ke Sg. Tiram.


Datinjuga tidak melepaskan peluang untuk merasa makanan yang di pertandingkan oleh peserta.




Nisa Lumut tidak melepaskan peluang untuk memberi pose yang menarik walaupun penat bertugas. Senyuman itu sedekah.



Bubur, Nasi Goreng dan Tuala Berhias adalah pertandingan yang di pertandingkan pada petang jumaat yang harmani itu.


Seterusnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semua yang dipilih sebagai pemenang dijemput untuk menganbil hadiah mereka.



Kanak-kanak yang telah menyertai pertandingan mewarna juga dijemput untuk mengambil hadiah mereka.



Tersenyum saja kakak dapat hadiah. Syukur pada Allah.... Alhamdulillah.




Usaha keras saya memang berbaloi. Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Rezeki dari Allah atas usahanya.


Ini memang rezeki. Rezeki cabutan bertuah. Inilah antara 11 orang yang menerima hadiah cabutan bertuah. "Selepas ini adalah pula jamuan meja bulat....." ,laung seorang lelaki dikalangan penonton.















Ulangtahun Kelahiran Makcik..

Pada 28 Julai 2009, Makcik di Kg. Baharu telah nenerima kunjungan daripada Nisa Lumut untuk bersama-sama meraikan ulangtahun kelahirannya. Makcik cakap, dia pun tak ingat hari lahirnye. Tapi bila menerima kunjungan Nisa Lumut ni, dia berasa sangat gembira. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana gembiranya makcik dengan kunjungan Nisa Lumut pada hari tersebut. Dapat kek, hadiah, makan mee bersama-sama dan dapat dengar tazkirah ringkas dari seorang tetamu jemputan Nisa Lumut.


Senyum Makcik..... Terkejut makcik menerima kunjungan yang mengejutkan dari Nisa Lumut. Terubat rindunya...... Terisi kesunyian hidupnya....


Antara tetamu yang turut meraikan hari ulangtahun makcik.... Jelas kelihatan dibelakang, rumah mak cik masih dalam proses baikpulih. Lelaki berbaju merah inilah kontraktornya.. terima kasih.

Semua yang hadir khusyuk mendengar tazkirah dari Kak Asmah. Tazkirah berkisar tentang ketabahan para sahabat di zaman Rasulullah.. Untuk teladan dan peringatan kita semua.


Tersenyum makcik melihat gelagat tetamu yang hadir di hadapannya.



Adik-adik yang turut hadir memeriahkan lagi hari ulangtahun kelahiran makcik/nenek. Mereka telah diasuh sejak kecil untuk menghormati yang lebih tua dan menghargai yang kurang berkemampuan.


Selamat Ulangtahun kelahiran makcik....... Semoga panjang umur....... Murah rezeki dan Sentiasa dalam lindungan rahmat Allah S.W .T.

Kek yang disediakan oleh Puan Siti Aminah ni memang sedap. Cantik... dan sedap. Sesiapa yang ingin mencuba boleh le jumpa kak siti kita..:-)


Apakah diketawakan oleh Pn Roslina dan Pn Che Samrah ni... Makcik dah tak sabar nak makan kek ni... emmm sedapnye. Bismillah...







Saturday, July 25, 2009

Pertandingan Bowling Nisa' Lumut 2009

Pada 18 Julai 2009, Sabtu, Nisa' Lumut telah mengadakan pertandingan bowling yang bertempat di Penama, Pengkalan TLDM Lumut. Pertandingan ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ketua Nisa' Lumut. Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Pn. Rohawati, Ketua Muslimat Kawasan Lumut. Pertandingan bermula selepas taklimat arahan dan peraturan pertandingan yang diberikan oleh Pn. Akma.

Ucapan aluan daripada Ketua Nisa' Lumut
Ucapan perasmian oleh
Pn. Rohawati, Ketua Muslimat Kawasan Lumut

Seramai 10 kumpulan ahli Nisa' daripada pelbagai cawangan dan kawasan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Kesemua Nisa' samada yang pernah bermain bowling atau yang tidak pernah bermain tetap bertungkus-lumus untuk memastikan pasukan mereka menjuarai pertandingan tersebut.

Akhirnya, berdasarkan kiraan jatuhan pin maka pasukan Lady Lekior 1 menjuarai pertandingan tersebut. Naib johan pula dinobatkan kepada kumpulan Nur Kasih dan diikuti dengan kumpulan Asma' bagi tangga yang ketiga. Manakala, pemenang jatuhan pin terbanyak pula ialah saudari Saadah daripada kumpulan Nur Kasih. Setelah majlis penyampaian hadiah selesai, maka berakhirlah pertandingan bowling Nisa' Lumut 2009.


Kaunter pendaftaran
Sementara menunggu perlawanan bermula...

Masih setia menuggu kehadiran team lawan yang lain...
Bersabar ye...perlawanan bermula seperti yang dijadualkan :)

Tahniah kepada semua pemenang daripada team Nisa' Lumut !!!

Majlis Berbuka Puasa Nisa' Lumut

Pada 13 Julai 2009, hari Isnin yang lalu, Nisa' Lumut telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa (puasa sunat) bertempat di rumah Pn. Aziah (AJK Nisa' Lumut) Fasa 1A. Ianya diadakan oleh Nisa' Lumut bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli jawatankuasa dan ianya turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran jiran dan anggota keluarga AJK Nisa' itu sendiri. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dengan keizinan dari Allah jua dapatlah AJK Nisa' Lumut menyempurnakan puasa sunat pada hari tersebut.

Majlis berbuka puasa bermula sejurus sahaja azan Maghrib berkumandang daripada surau berdekatan, Surau Madah. Dimulai dengan bacaan doa dan kurma serta beberapa pencuci mulut yang lain. Seterusnya, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah sepertimana yang telah Allah s.w.t fardhukan ke atas setiap hamba-hambaNya yang beriman.

Majlis diteruskan dengan zikir dan tazkirah ringkas daripada Pn. Samrah untuk mengisi dada dengan sedikit ilmu yang bermanfaat. Kemudian, barulah jamuan makan dihidangkan kerana perut yang kosong selepas menunaikan ibadah puasa perlu juga diisi. Tenaga yang dijana oleh makanan yang dimakan amat penting untuk AJK Nisa' Lumut bagi meneruskan tugas amanah dan tanggungjawab mereka pada esok hari.

Setinggi penghargaan kepada semua yang sudi menghadirkan diri pada Majlis Berbuka Puasa pada kali ini. Tidak lupa, ucapan terima kasih dan maaf juga daripada Nisa' Lumut kepada tuan rumah, Pn Aziah sekeluarga kerana dibimbangi terdapat gangguan daripada pihak yang hadir. Wassalam.

*Maaf, gambar kurang jelas

Mendengar tazkirah
Anak-anak pendamping setia kaum ibu