Majlis berbuka puasa bermula sejurus sahaja azan Maghrib berkumandang daripada surau berdekatan, Surau Madah. Dimulai dengan bacaan doa dan kurma serta beberapa pencuci mulut yang lain. Seterusnya, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah sepertimana yang telah Allah s.w.t fardhukan ke atas setiap hamba-hambaNya yang beriman.
Majlis diteruskan dengan zikir dan tazkirah ringkas daripada Pn. Samrah untuk mengisi dada dengan sedikit ilmu yang bermanfaat. Kemudian, barulah jamuan makan dihidangkan kerana perut yang kosong selepas menunaikan ibadah puasa perlu juga diisi. Tenaga yang dijana oleh makanan yang dimakan amat penting untuk AJK Nisa' Lumut bagi meneruskan tugas amanah dan tanggungjawab mereka pada esok hari.
Setinggi penghargaan kepada semua yang sudi menghadirkan diri pada Majlis Berbuka Puasa pada kali ini. Tidak lupa, ucapan terima kasih dan maaf juga daripada Nisa' Lumut kepada tuan rumah, Pn Aziah sekeluarga kerana dibimbangi terdapat gangguan daripada pihak yang hadir. Wassalam.
*Maaf, gambar kurang jelas

Mendengar tazkirah
No comments:
Post a Comment