Saturday, July 25, 2009

Pertandingan Bowling Nisa' Lumut 2009

Pada 18 Julai 2009, Sabtu, Nisa' Lumut telah mengadakan pertandingan bowling yang bertempat di Penama, Pengkalan TLDM Lumut. Pertandingan ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ketua Nisa' Lumut. Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Pn. Rohawati, Ketua Muslimat Kawasan Lumut. Pertandingan bermula selepas taklimat arahan dan peraturan pertandingan yang diberikan oleh Pn. Akma.

Ucapan aluan daripada Ketua Nisa' Lumut
Ucapan perasmian oleh
Pn. Rohawati, Ketua Muslimat Kawasan Lumut

Seramai 10 kumpulan ahli Nisa' daripada pelbagai cawangan dan kawasan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Kesemua Nisa' samada yang pernah bermain bowling atau yang tidak pernah bermain tetap bertungkus-lumus untuk memastikan pasukan mereka menjuarai pertandingan tersebut.

Akhirnya, berdasarkan kiraan jatuhan pin maka pasukan Lady Lekior 1 menjuarai pertandingan tersebut. Naib johan pula dinobatkan kepada kumpulan Nur Kasih dan diikuti dengan kumpulan Asma' bagi tangga yang ketiga. Manakala, pemenang jatuhan pin terbanyak pula ialah saudari Saadah daripada kumpulan Nur Kasih. Setelah majlis penyampaian hadiah selesai, maka berakhirlah pertandingan bowling Nisa' Lumut 2009.


Kaunter pendaftaran
Sementara menunggu perlawanan bermula...

Masih setia menuggu kehadiran team lawan yang lain...
Bersabar ye...perlawanan bermula seperti yang dijadualkan :)

Tahniah kepada semua pemenang daripada team Nisa' Lumut !!!

Majlis Berbuka Puasa Nisa' Lumut

Pada 13 Julai 2009, hari Isnin yang lalu, Nisa' Lumut telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa (puasa sunat) bertempat di rumah Pn. Aziah (AJK Nisa' Lumut) Fasa 1A. Ianya diadakan oleh Nisa' Lumut bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli jawatankuasa dan ianya turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran jiran dan anggota keluarga AJK Nisa' itu sendiri. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dengan keizinan dari Allah jua dapatlah AJK Nisa' Lumut menyempurnakan puasa sunat pada hari tersebut.

Majlis berbuka puasa bermula sejurus sahaja azan Maghrib berkumandang daripada surau berdekatan, Surau Madah. Dimulai dengan bacaan doa dan kurma serta beberapa pencuci mulut yang lain. Seterusnya, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah sepertimana yang telah Allah s.w.t fardhukan ke atas setiap hamba-hambaNya yang beriman.

Majlis diteruskan dengan zikir dan tazkirah ringkas daripada Pn. Samrah untuk mengisi dada dengan sedikit ilmu yang bermanfaat. Kemudian, barulah jamuan makan dihidangkan kerana perut yang kosong selepas menunaikan ibadah puasa perlu juga diisi. Tenaga yang dijana oleh makanan yang dimakan amat penting untuk AJK Nisa' Lumut bagi meneruskan tugas amanah dan tanggungjawab mereka pada esok hari.

Setinggi penghargaan kepada semua yang sudi menghadirkan diri pada Majlis Berbuka Puasa pada kali ini. Tidak lupa, ucapan terima kasih dan maaf juga daripada Nisa' Lumut kepada tuan rumah, Pn Aziah sekeluarga kerana dibimbangi terdapat gangguan daripada pihak yang hadir. Wassalam.

*Maaf, gambar kurang jelas

Mendengar tazkirah
Anak-anak pendamping setia kaum ibu

Nisa' Lumut Ke Sg. Tiram

Pada 4 Julai 2009 lalu, Nisa' Lumut telah berkunjung ke Cawangan Sg. Tiram bagi memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Nisa' Lumut sesi 2009-2010. Acara dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Pn. Akma. Tazkirah beliau menyentuh tentang peranan hati setiap manusia di dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di atas muka bumiNya ini. Selain itu, beliau juga menyelitkan beberapa kisah para sahabat yang menarik dan boleh dijadikan contoh agar semua yang hadir lebih memahami mengenai tajuk tazkirah yang beliau sampaikan pada hari tersebut.


Nisa' Lumut turut menyediakan tayangan 'slide' bagi menjelaskan visi dan misi Nisa' Lumut di dalam melaksanakan tugas mereka. Akhirnya, majlis dimeriahkan lagi oleh tuan rumah dengan menjamu para tetamu dengan juadah minum petang yang enak.




Terima kasih daripada Nisa' Lumut atas layanan dan sambutan yang amat memberangsangkan daripada kaum hawa Sg. Tiram. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada tuan rumah iaitu En. Daud sekeluarga.
Sabda nabi Muhammad SAW, “Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.”

Berita Gembira Buat Makcik

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi, kerana dengan izinNya dapat Nisa' Lumut melaporkan khabar gembira dari Kg. Baharu. Rumah makcik yang telah di adakan gotong-royong dahulu telah mendapat perhatian dan bantuan daripada Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang. Di bawah ini di paparkan gambar-gambar rumah makcik yang sedang di dalam proses dibaik pulih.

Bilik air





Zink lama ditukar dengan yang baru

Ruang tamu dan juga ruang tidur makcik
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.”
(Al-Maidah: 2)

Thursday, July 9, 2009

Gambar gotong Royong

Sambungan artikel "Bersamamu....Nisa' Lumut".

Nisa' Lumut telah mengadakan kunjungan ke rumah seorang warga emas kurang upaya (OKU) di Kg. Baharu bulan lepas. Kunjungan kami bertujuan untuk menolong warga emas ini membersihkan kawasan rumahnya.

Nisa' Lumut berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang di Manjung, sebelum meneruskan perjalanan ke Kg. Baharu. Semua barang keperluan dan sumbangan dikumpulkan untuk di bawa ke sana.

Kami di sambut oleh seorang muslimin bagi memudahkan lagi kerja amal yang ingin Nisa' Lumut lakukan. Terima kasih di atas kerjasama anda.


"Assalamualaikum, makcik". Salam diucapkan dari bibir Nisa' Lumut untuk makcik yang kami kasihi.

Salah satu bahagian rumah makcik dari luar yang memerlukan bantuan yang banyak untuk memperbaikinya.

En. Hamidon dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang, mengambil maklumat untuk membantu makcik tersebut.

Tugas dibahagikan bagi memudahkan lagi gotong-royong ini. (Rajin akak ni menyapu..)

Ini adalah ruangan tempat makan dan minum makcik yang amat perlu dibersihkan bagi menjamin kesihatannya.

Ini pula, ruang tamu dan ruang rehat makcik yang juga perlu dibersihkan agar lebih selasa nanti.
Sedikit tenaga daripada kaum muslimin diperlukan untuk memesin rumput, membetulkan pintu rumah yang hampir tercabut akibat angin kuat dan tugas berat yang lain.

Setelah penat bekerja, Nisa' mengajak makcik makan di halaman rumahnya. Sempat juga dikalangan kami yang bersembang dengan makcik tentang kisah suka dan duka kehidupannya.

Memang seronok makan ramai-ramai ni. Semua juadah disediakan oleh Nisa' sendiri. Bubur lambuk ada. Tomyam ada. Bihun ada. Rojak pun ada. Tetapi ada makanan yang tak sempat nak rasa, almaklum lah...perut dah penuh.

Sesi bergambar kenangan. Walaupun hilang di mata, di hati jangan.


Adik kepada Nisa' juga datang memeriahkan suasana. Meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Inilah rebung yang nak belajar jadi seperti atau bahkan lebih baik dari buluh...
InsyaAllah.

Berlatih Segalanya Hanya Daripada Allah S.W.T


[note] Tahu dan sedar merupakan dua perkara yang sangat berbeza. “Tahu” tidak sampai ke jiwa tetapi “Sedar” sampai kejiwa dan menjiwainya dengan sepenuhnya.

Sedarkah kita sesungguhnya nikmat setiap suapan ketika makan berbeza nikmatnya? Kita tidak akan dapat mengecepi perbezaan nikmat setiap suapan ketika makan jika kita makan sambil bersembang atau juga asyik ligat memikirkan tentang kehidupan kita ini.

Begitu juga dengan nikmat melakukan kerja dan segala aktiviti harian kita. Allah SWT memberikan kita sangat terperinci nikmat-nikmatNya yang jarang kita rasakan kerana sibuk dan asyik dengan fikiran yang memikirkan pelbagai hal kerja dan kehidupan.
Mulai pada saat ini, marilah sama-sama kita berlatih hanya Allah SWT di dalam melakukan segala aktiviti.

Ketika kita makan, sedarlah bahawa yang memberikan kita makan dan kenyang adalah Allah SWT. Tidak sekadar ‘tahu’ makanan yang kita makan itu sedap tetapi hubungkan terus jiwa kita dengan Allah SWT dengan penuh kesedaran.

Setiap nikmat yang kita perolehi dalam setiap suapan merupakan Maha Hebatnya Allah SWT di dalam memberikan nikmat kepada kita sehingga sebegitu rupa hebatnya. Ketika makan, jiwailah setiap suapan dan hubungkan terus jiwa dengan Allah SWT dengan mengucapkan “Terima kasih Allah SWT” apabila merasai setiap nikmat suapan.

Ketika kita melakukan kerja, sedarlah bahawa yang menggerakkan segala kerja adalah Allah SWT. Bukan sekadar kita hanya ‘tahu’ kita banyak kerja tetapi terus sambungkan jiwa kita
dengan Allah SWT bahawa yang memberikan kerja yang banyak adalah Allah SWT.

Sedarlah bahawa yang menjayakan atau menggagalkan kerja kita adalah Allah SWT. Latihlah diri kita untuk sedar segalanya hanya Allah. Sebutkan selalu “Terima kasih Allah SWT” kerana memberikan kita kerja yang baik, rezeki yang halal. Ucapkan “Terima kasih Allah SWT” di kala kita menyelesaikan kerja kita, menerima ilmu baru dan sebagainya walaupun kecil.

Apabila kita berlatih dan sedar setiap masa segala kerja adalah di bawah penguasaan Allah SWT, maka kita tidak akan kelam kabut dengan kerja kita yang banyak setiap hari. Kita melakukan dengan tenang. Dengan penuh berserah, pasrah dan redha. Ingatlah bahawa di dalam Islam, berserah, pasrah dan redha merupakan aktiviti yang aktif.
Ketika kita belajar, sedarlah bahawa yang memberi kita kefahaman serta yang memahamkan kita adalah Allah SWT. Ikatkan hubungan jiwa kita dengan Allah SWT sepanjang masa ketika belajar.

Berlatihlah agar kita sedar bahawa kita tidak mampu menjadi bijak dan pandai jika tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoalah pada Allah SWT agar kita sentiasa diilhamkan dengan Taqwa dan dijauhkan diri kita dengan ilham fujur.

Ingat Allah ketika belajar bukan hanya sekadar membaca doa penerang hati di awal dan sesudah pembelajaran tetapi seharusnya hati ini mesti terus bertaut sedar segalanya hanya Allah SWT sepanjang masa pembelajaran. Sedar akan Maha Hebat dan Maha Tinggi ilmu Allah SWT.

Berlatihlah untuk menyedari dan merasai sebenar-benarnya segala-galanya hanya Allah SWT yang Maha Menentukan, Maha Pemberi, Maha Penguasa dan apa sahaja yang ada di langit dan dibumi serta di antaranya tunduk dan patuh kepada Allah SWT samada suka atau pun terpaksa.
Berlatihlah dengan berkomunikasi dengan Allah SWT agar jiwa ini sentiasa berhubungan dengan Allah SWT.
Berkomunikasilah dengan Allah SWT–>
Ketika makan:
“Ya Allah terima kasih Allah sebab kasi aku masih dapat lagi rasa lauk ikan ni dengan rasa yang sedap. Sedap betul makan nasi dengan lauk ikan ni. Terima kasih Allah sebab kasi aku rezeki halal.”

“Aku nak suap nasi dengan ikan dan sayur ni pula ya Allah. Hmmmm sedapnya ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana masih beri rasa nikmat sedap dalam suapan aku ni ya Allah. Terima kasih”.

Ketika melakukan kerja:
“Ya Allah banyaknya kerja aku ni ya Allah. Bantu aku untuk menyelesaikan satu persatu ye ya Allah. Kasi aku jalan yang mudah untuk selesaikannya ya Allah. Kasi aku seronok dan semangat lakukan ye ya Allah.”

“Oh laporan ni aku kena siapkan petang ni ya Allah. Ish! sistem ni pun aku kena siapkan hari ni juga ni ya Allah. Adusss mana satu nak buat dulu ni ya Allah. Ya Allah kasilah idea kat aku ni ya Allah. Mana satu dulu nak buat ni ya Allah. Aku nak buat sistem ni dululah ya Allah. Nanti petang ni lepas makan, aku buat laporan tu. Laporan tu tak banyak pun. Bantu aku ye ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih”.

“Oh macam ni rupanya nak buat sistem ni ye ya Allah. Barulah aku tahu ya Allah. Terima kasih ya Allah sebab kasi aku tahu. Terima kasih sangat-sangat ya Allah. Hebatnya Engkau ya Allah. Sampai komplek macam ni sistem Engkau jadikan ya Allah. Maha Besar Engkau ya Allah. Maha Besar.”

Ketika belajar:
“Ya Allah, fahamkanlah aku apa yang pensyarah ajarkan di depan sana ya Allah. Oh baru aku tahu apa maknanya “close loop integration” ni ya Allah. Hebatnya ilmuMu ya Allah. Oh…cross product dan dot product tu beza rupanya ya Allah. Ya Allah bodohnya aku ya Allah. Selama ni aku ingat sama. Terima kasih Allah sebab beri aku faham dan ilmu. Terima kasih sebab keluarkan aku dari kebodohan. Terima kasih Allah, terima kasih.”

Kesedaran yang kita miliki tidak mampu dipelajari dengan meniru perilaku orang lain, kerana di dalam diri kita ada hakikat agama yang fitrah dan suci sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

Kita akan merasakan betapa indahnya iman yang menggetarkan Qalbu. Bukan keimanan yang digagaskan oleh fikiran. Akan tetapi dari jiwa dan hati nurani yang bersih. Kita akan benar-benar mampu untuk mengikat hubungan dengan Allah SWT setiap saat, mengadu segala hal, mengagungkan Allah dan sebagainya.
Semoga Allah terus menuntun kita agar memiliki kesedaran yang tertinggi iaitu sedar SEGALANYA HANYA DARIPADA ALLAH SWT.

Jawatan Kosong...NEW !!!

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti didalam iklan.

Penolong Pegawai Penilaian W27
Penolong Akauntan W27
Penolong Jurutera J29
Penolong Pegawai Senibina J29
Juruteknik J17

TARAF JAWATAN ADALAH BERTARAF TETAP

Sebelum atau pada : 22HB. JULAI 2009
Sila layari laman web





Wednesday, July 8, 2009

Jawatan Kosong Lagi.....

Jawatan Kosong MATRADE

Iklan jawatan kosong di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Tarikh tutup 17 Julai 2009

Individu-individu yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan, dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan ini.

1. Pegawai Ehwal Ekonomi - Gred E41
2. Pegawai Teknologi Maklumat - Gred F41
3. Juruteknik - Gred J17

Iklan lengkap jawatan kosong MATRADE


Jawatan Kosong MPSJ

Iklan jawatan kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya
Tarikh tutup 17 Julai 2009

Kakitangan Majlis dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ini ditutup adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut :

Keutamaan diberikan kepada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
2. PENOLONG AKAUNTAN W27
3. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
4. PEMBANTU AM PEJABAT N1

Iklan lengkap jawatan kosong MPSJ

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

iii. Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan gambar berukuran pasport, surat beranak, kad pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.

iv. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

v. Semua permohonan hendaklah di alamatkan seperti berikut :

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
ARAS 2,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN USJ 5,
47610 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.

vi. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan. iii. Tarikh tutup permohonan adalah pada - 17 JULAI 2009


Jawatan Kosong MBSA


Iklan jawatan kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam
Tarikh tutup 20 Julai 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam. Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

Jawatan - Pegawai Penguatkuasa Gred N48

Iklan lengkap jawatan kosong MBSA

Sunday, July 5, 2009

Jawatan Kosong RISDA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut dalam perkhidmatan RISDA

Tarikh Tutup : 12 Julai

1. Pegawai Tadbir n41
2. Pegawai Pertanian G41
3. Akauntan W41
4. Pegawai Teknologi Maklumat F41
5. Jurutera J41
6. Pegawai Undang-Undang L41
7. Penolong Pegawai Pertanian G27
8. Penolong Akauntan W27
9. Pembantu Teknik J29
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
11.Pembantu Pertanian G17
12.Pembantu Tadbir (kewangan)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan RISDA.

Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Julai 2009.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan yang ditawarkan dan syarat-syarat permohonan, sila klik pada pautan di bawah:

[klik untuk muat turun iklan]

atau

[sini]

SEMOGA BERJAYA !