Showing posts with label Sukan Dan Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Sukan Dan Rekreasi. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

Pertandingan Bowling Nisa' Lumut 2009

Pada 18 Julai 2009, Sabtu, Nisa' Lumut telah mengadakan pertandingan bowling yang bertempat di Penama, Pengkalan TLDM Lumut. Pertandingan ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Ketua Nisa' Lumut. Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Pn. Rohawati, Ketua Muslimat Kawasan Lumut. Pertandingan bermula selepas taklimat arahan dan peraturan pertandingan yang diberikan oleh Pn. Akma.

Ucapan aluan daripada Ketua Nisa' Lumut
Ucapan perasmian oleh
Pn. Rohawati, Ketua Muslimat Kawasan Lumut

Seramai 10 kumpulan ahli Nisa' daripada pelbagai cawangan dan kawasan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Kesemua Nisa' samada yang pernah bermain bowling atau yang tidak pernah bermain tetap bertungkus-lumus untuk memastikan pasukan mereka menjuarai pertandingan tersebut.

Akhirnya, berdasarkan kiraan jatuhan pin maka pasukan Lady Lekior 1 menjuarai pertandingan tersebut. Naib johan pula dinobatkan kepada kumpulan Nur Kasih dan diikuti dengan kumpulan Asma' bagi tangga yang ketiga. Manakala, pemenang jatuhan pin terbanyak pula ialah saudari Saadah daripada kumpulan Nur Kasih. Setelah majlis penyampaian hadiah selesai, maka berakhirlah pertandingan bowling Nisa' Lumut 2009.


Kaunter pendaftaran
Sementara menunggu perlawanan bermula...

Masih setia menuggu kehadiran team lawan yang lain...
Bersabar ye...perlawanan bermula seperti yang dijadualkan :)

Tahniah kepada semua pemenang daripada team Nisa' Lumut !!!

Wednesday, June 24, 2009

Nisa' Sihat 2

Assalamualaikum semua, Nisa' Sihat kembali lagi. Kali ini Program Nisa' Sihat telah diadakan pada pagi hari Ahad, 21 June 2009 bertempat di Padang Permainan MPM.

Inilah di antara wajah-wajah yang telah menghadirkan diri pada program Nisa' Sihat 2 pada kali ini. (Sempat juga mereka bergambar ye..)

Tidak lengkap program Nisa' Sihat tanpa slot menimba ilmu. Semoga ilmu yang di timba di awal pagi hari Ahad tersebut dapat menjadikan kita sebagai muslimat yang mampu untuk berjihad di jalan Allah. InsyaAllah.

Pada kali ini, Nisa' Sihat 2 telah menjemput Cikgu Yati, Timbalan Muslimat Lumut untuk berkongsi ilmu beliau. Sungguh menarik tazkirahnya. Ianya berkisar tentang sukan menurut ajaran Islam.

Selain daripada tekun melakukan aktiviti riadah, ahli Nisa' Lumut juga tekun mendengar dan mencatit ilmu yang dicurahkan.

Nisa' Sihat 2 dilihat mampu melahirkan muslimat yang cergas, cerdas dan ceria. Ini tergambar pada wajah semua peserta Nisa' Sihat 2.
Pada akhirnya, sesi makan-makan menjadi pelengkap program Nisa' Sihat 2. Kepada semua ahli Nisa' yang setia dan remaja-remaja di luar sana yang ingin mengikuti program Nisa' yang seterusnya adalah amat dialu-alukan.
Jumpa lagi, InsyaAllah.

Tuesday, June 23, 2009

Pertandingan Bowling Nisa' Parit

AJK Nisa' Parit

Wakil Nisa' Kawasan Lumut
Alhamdulilah tahun ini Nisa' Parit dapat mengadakan pertandingan Bowling Nisa’ ’09 Piala Ketua Muslimat Parit yang telah diadakan pada 12 Jun 2009 di Pusat Bowling Jusco Ipoh bertemakan "Nisa' Cergas, Nisa' Cerdas" yang dianjurkan oleh Nisa' Kawasan Parit. Penyertaan adalah terbuka kepada wanita muslim dan bukan muslim yang berumur 15 tahun ke atas. Sebanyak 15 kumpulan yang telah mendaftar diri termasuklah Nisa' Kawasan Lumut.

Program Tahunan Nisa’ Parit ini telah dirasmikan oleh AJK Muslimat Pas Pusat merangkap Ketua Muslimat Parit, Dr. Najihatussaleha dan sedikit ucapan daripada Ketua Nisa' Perak, kak Kalilah.

Di dalam ucapan perasmian, beliau mengharapkan agar program sebegini diteruskan lagi di masa-masa akan datang sebagai medium sihat untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat. Menurutnya, berpakaian menutup aurat bukanlah kekangan untuk beraktiviti dan beliau juga menyeru agar remaja-remaja lain dapat menyertai aktiviti Nisa' di sepanjang cuti sekolah yang akan datang.
Nisa' Parit juga menyampaikan ucapan terima kasih mereka kepada Nisa' Kawasan Lumut kerana sudi untuk bersama-sama menyertai pertandingan tersebut.

Training Bowling





Pada Mei yang lalu, Nisa' Lumut telah mendapat jemputan daripada Nisa' Parit yang akan mengadakan pertandingan bowling. Maka, bersungguh - sungguhlah ahli Nisa' Lumut berlatih bermain bowling di Penama, Lumut. Bagi ahli Nisa' Lumut, inilah kali pertama mereka memegang, mengangkat dan membaling bola bowling yang berat itu.

Apabila ada masa terluang, Nisa' Lumut tidak mempersiakan masa tersebut dengan pergi berlatih bermain bowling. Ada yang pergi pada sebelah pagi bersama keluarga dan ada yang berlatih di sebelah petang bersama kawan-kawan.

Aktiviti yang sihat ini sebenarnya baik untuk semua. Tauke pusat bowling dapat untung, Nisa' Lumut pula semakin pandai bermain bowling dan ukhuwah sesama insan semakin rapat. Orang kata "semakin hari semakin sayang..". Inilah yang menguatkan lagi usaha Nisa' Lumut bagi mengadakan pelbagai aktiviti untuk Nisa' cawangan. Harap-harap dapatlah semua Nisa' dan muslimat menyertai aktiviti atau pertandingan ini, apabila ianya diadakan kelak. InsyaAllah.

Saturday, June 20, 2009

Nisa Sihat Siri 1

Nisalumut telah mengadakan program Nisa Sihat 1 pada hari sabtu, Mei 2009 lalu. Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada semua Nisa untuk melakukan aktiviti yang dapat menyihatkan badan dengan cara yang lebih menarik.

Dijemput juga Muslimat Kawasan Lumut untuk memeriahkan lagi program pada hari tersebut. Terima kasih kepada Ketua Muslimat, Pn. Rohawati yang telah sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama dengan Nisalumut.

Selepas penat melakukan aktiviti riadah, peserta juga dapat mengisi perut dengan makanan yang dijual oleh AJK Kebajikan Nisa Sihat bagi menambah dana NisaLumut.

Sambil mereka menjamu selera bersma-sama, ukhuwah yang selama ini telah terjalin akan menjadi lebih manis dan terikat kemas.

Ketekunan peserta Nisa Sihat dapat dilihat dari airmuka yang menunjukkan keseriusan mereka dalam sesi tazkirah Nisa Sihat.

Inilah Ketua Muslimat yang sudi hadir dan menyampaikan tazkirah mengenai konsep bersukan menurut ajaran Islam.

Aktiviti dimulakan dengan senaman ringan untuk memanaskan badan. Ianya mudah dan menyihatkan.

Inilah aktiviti poco-poco yang diketuai oleh Ustazah Khadijah. Senaman poco-poco amat sesuai untuk muslimat kerana ianya menarik dan menyihatkan. Cuma aturkan kaki anda mengikut rentak muzik poco-poco. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti pasti nak lagi.
Program Nisa Sihat 1 berakhir pada pukul 10:00 pagi. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari tersebut.
Nantikan kemunculan Nisa Sihat 2...