Saturday, June 20, 2009

Nisa Sihat Siri 1

Nisalumut telah mengadakan program Nisa Sihat 1 pada hari sabtu, Mei 2009 lalu. Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada semua Nisa untuk melakukan aktiviti yang dapat menyihatkan badan dengan cara yang lebih menarik.

Dijemput juga Muslimat Kawasan Lumut untuk memeriahkan lagi program pada hari tersebut. Terima kasih kepada Ketua Muslimat, Pn. Rohawati yang telah sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama dengan Nisalumut.

Selepas penat melakukan aktiviti riadah, peserta juga dapat mengisi perut dengan makanan yang dijual oleh AJK Kebajikan Nisa Sihat bagi menambah dana NisaLumut.

Sambil mereka menjamu selera bersma-sama, ukhuwah yang selama ini telah terjalin akan menjadi lebih manis dan terikat kemas.

Ketekunan peserta Nisa Sihat dapat dilihat dari airmuka yang menunjukkan keseriusan mereka dalam sesi tazkirah Nisa Sihat.

Inilah Ketua Muslimat yang sudi hadir dan menyampaikan tazkirah mengenai konsep bersukan menurut ajaran Islam.

Aktiviti dimulakan dengan senaman ringan untuk memanaskan badan. Ianya mudah dan menyihatkan.

Inilah aktiviti poco-poco yang diketuai oleh Ustazah Khadijah. Senaman poco-poco amat sesuai untuk muslimat kerana ianya menarik dan menyihatkan. Cuma aturkan kaki anda mengikut rentak muzik poco-poco. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti pasti nak lagi.
Program Nisa Sihat 1 berakhir pada pukul 10:00 pagi. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari tersebut.
Nantikan kemunculan Nisa Sihat 2...

No comments:

Post a Comment