Tuesday, June 23, 2009

Pertandingan Bowling Nisa' Parit

AJK Nisa' Parit

Wakil Nisa' Kawasan Lumut
Alhamdulilah tahun ini Nisa' Parit dapat mengadakan pertandingan Bowling Nisa’ ’09 Piala Ketua Muslimat Parit yang telah diadakan pada 12 Jun 2009 di Pusat Bowling Jusco Ipoh bertemakan "Nisa' Cergas, Nisa' Cerdas" yang dianjurkan oleh Nisa' Kawasan Parit. Penyertaan adalah terbuka kepada wanita muslim dan bukan muslim yang berumur 15 tahun ke atas. Sebanyak 15 kumpulan yang telah mendaftar diri termasuklah Nisa' Kawasan Lumut.

Program Tahunan Nisa’ Parit ini telah dirasmikan oleh AJK Muslimat Pas Pusat merangkap Ketua Muslimat Parit, Dr. Najihatussaleha dan sedikit ucapan daripada Ketua Nisa' Perak, kak Kalilah.

Di dalam ucapan perasmian, beliau mengharapkan agar program sebegini diteruskan lagi di masa-masa akan datang sebagai medium sihat untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat. Menurutnya, berpakaian menutup aurat bukanlah kekangan untuk beraktiviti dan beliau juga menyeru agar remaja-remaja lain dapat menyertai aktiviti Nisa' di sepanjang cuti sekolah yang akan datang.
Nisa' Parit juga menyampaikan ucapan terima kasih mereka kepada Nisa' Kawasan Lumut kerana sudi untuk bersama-sama menyertai pertandingan tersebut.

No comments:

Post a Comment