Tuesday, May 15, 2012

Hari Guru


Selamat hari guru kepada semua guru yang bertauliah dan yang tidak bertauliah. Guru bukan sahaja yang mengajar di sekolah, malahan jua yang tidak mengajar di sekolah. Ada guru dengan pelbagai panggilan guru, cikgu, ustaz @ ustazah, muallim @muallimah, teacher @ sir dan pelbagai panggilan lagi. Paling penting ialah dia orang yang mengajar kita dari tak tahu kepada tahu. Itulah guru yang kita kenal.

Guru mengajar ilmu yang berguna untuk kita tak kira lah ilmu untuk di dunia ataupun untuk akhirat. Pelbagai kepayahan yang mereka temui semasa mengajarkan kita supaya kita dapat hadam akan ilmu yang mereka ajar. Pelbagai teori yang mereka keluarkan dari otak kecil mereka agar anak murid yang diajar mampu menerima dan mempraktikkan ilmu yang diajar, tak kira sama ada ilmu teori atau praktikal. Sekiranya mereka lihat anak murid itu tidak dapat apa yang diajar. Mereka buat pula kelas tambahan berbayar atau 'Free' untuk anak murid tercinta. Subhanallah..

Pengorbanan guru amat besar. Tidak terbalas dengan gaji yang mereka terima bulan ke bulan. Mereka juga berbangga apa bila melihat anak murid mereka berjaya. Walaupun mereka guru, tetapi mereka sentiasa mengharapkan anak murid mereka berjaya tak kira dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Guru adalah insan yang perlu kita hormati selepas kedua ibubapa kita. Selamat Hari Guru kepada semua guru yang budiman.Terima kasih cikgu.

No comments:

Post a Comment