Saturday, July 25, 2009

Nisa' Lumut Ke Sg. Tiram

Pada 4 Julai 2009 lalu, Nisa' Lumut telah berkunjung ke Cawangan Sg. Tiram bagi memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Nisa' Lumut sesi 2009-2010. Acara dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Pn. Akma. Tazkirah beliau menyentuh tentang peranan hati setiap manusia di dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di atas muka bumiNya ini. Selain itu, beliau juga menyelitkan beberapa kisah para sahabat yang menarik dan boleh dijadikan contoh agar semua yang hadir lebih memahami mengenai tajuk tazkirah yang beliau sampaikan pada hari tersebut.


Nisa' Lumut turut menyediakan tayangan 'slide' bagi menjelaskan visi dan misi Nisa' Lumut di dalam melaksanakan tugas mereka. Akhirnya, majlis dimeriahkan lagi oleh tuan rumah dengan menjamu para tetamu dengan juadah minum petang yang enak.




Terima kasih daripada Nisa' Lumut atas layanan dan sambutan yang amat memberangsangkan daripada kaum hawa Sg. Tiram. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada tuan rumah iaitu En. Daud sekeluarga.
Sabda nabi Muhammad SAW, “Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.”

No comments:

Post a Comment