Saturday, August 15, 2009

Tip untuk Ibu hamil.

Makanan Ibu Mengandung


Setiap makanan yang mungkin diidamkan oleh ibu mengandung mestilah ada had dan pantang larangnya. Makanan tertentu dikatakan ada baik dan buruknya kepada ibu mengandung dan anak yang bakal dilahirkan.

Berbagai jenis makanan disenaraikan sebagai memanaskan, menyejukkan, tajam, berangin, dan mungkin beracun atau memudaratkan kandungan serta menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

1) Makanan Sejuk
Makanan yang disenaraikan sebagai sejuk adalah seperti sayur-sayuran, sesetengah buah-buahan, the dan herba-herba Cina, air tebu, air tembikai, air nenas dan betik. Jika dimakan akan menyebabkan tangan dan kaki berasa kebas, pening kepala, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi dan juga kejang otot.

Ibu mengandung juga dilarang memakan makanan sejuk kerana ia boleh melemahkan kandungan, kesihatan ibu dan boleh menyebabkan keguguran.


2) Makanan Panas.
Makanan yang disenaraikan sebagai panas pula ialah daging termasuklah daging lembu dan kambing, rempah, sesetengah buah-buahan tempatan seperti durian, beberapa jenis herba Cina dan coklat. Walaupun makanan ini tidak dilarang dimakan ketika mengandung, ramai percaya memakam makanan tersebut boleh menyebabkan anak kerdil dan ibu mengandung mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. Durian tidak digalakkan kerana buah ini dipercayai menyebabkan anak bisul di kepala setiap musim durian.


3) Makanan Lain Yang Dilarang
Binatang bersisik atau berkulit kasar juga dilarang ibu mengandung memakannya kerana ia boleh menyebabkan anak berkulit kasar dan mempunyai masalah kulit.

Pantang larang makanan ini lebih ketara sewaktu ibu melalui tempoh pantangnya selama 44 hari. Masa inilah ibu digalakkan memakan makanan panas yang boleh membantu memulihkan kesihatan badannyan dengan cepat.

Bagaimanapun kesemua adapt tersebut hanyalah boleh dilakukan apabila ianya tidak bertentangan dengan Islam, tidak menimbulkan kesyirikan. Apabila ada adapt yang mengandungi unsure kesyirikan, maka ianya wajib ditinggalkan agar tidak menjejaskan keimanan kita.

No comments:

Post a Comment