Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Salam buat semua pembaca nisalumut. Hari ini kekadang kita lupa yang kita punya ibu yang memerlukan perhatian dan kasih sayang kita. Kekadang jua kita kurang prihatin atas segala keperluannya. Malah ada yang lebih sukar diungkapkan lagi, pabila kita derhaka kepadanya. Pernahkah kita fikirkannya secara mendalam?

Sekarang kita telah dewasa. Mungkin kita rasa yang kita tidak perlukan ibu, Sepertimana kita perlukannya sewaktu kita kecil dahulu. Pendapat kita jua berbeza dengan mereka. Apakah betul-betul kita perlu meletakkan mereka di sisi yang lain?

Rujuklah kembali pada ajaran ISLAM yang sempurna. Dahulukan ibumu melebihi segala yang lain kerana ini perintah ALLAH. Bukan kerana mereka pernah mengandungkan kita. Bukan kerana mereka pernah menyusukan kita. Bukan kerana mereka pernah membela kita hingga dewasa. Ini kerana tidak mampu untuk kita membalas semua pengorbanan mereka..

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu..

No comments:

Post a Comment