Friday, November 4, 2011

~JuaLan AmaL Nisa' Lumut~




Bissmillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar ukhti2 yang dikasihi sekalian? Semoga anda berada dlm redha dan kasih sayang Allah hendakNya. Kami Nisa' Kawasan Lumut, alhmdulillah sihat walafiat dgn izin Allah swt.

Alhmdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dgn nikmat iman dan islam masih lagi diberi peluang serta kekuatan kpd kami ahli Nisa' Lumut untuk meneruskan aktiviti2 serta melakukan gerakan2 dakwah islam..insyaAllah..

Biiznillah..Baru2 ini, kami ahli Nisa' telah melakukan beberapa aktiviti bagi jualan amal Nisa' kawasan Lumut. Seperti yang telah dirancang, hampir seminggu Nisa' Lumut telah melakukan pemprosesan popiah serta jualan hasil kerjasama dari sahabat2 yang terlibat..

Alhmdulillah, jualan mendapat sambutan yg menggalakkan dari orang ramai. Pemprosesan kuih Popiah Nisa' dilakukan selepas asar di rumah Ukhti Samrah di Fasa 3A..^_^Jadi, kpd sesiapa muslimat yg berminat utk membantu kami, Moh pakat ramai2 buat popiah Nisa'!!!hehe..
Dgn wujudnya aktiviti2 seperti ini dapat mengeratkan ukhwah serta persahabatan sesama ahli Nisa'..InsyaAllah..~mudah-mudahan segalanya berjalan lancar~amin..^_^


Pemprosesan Popiah yang belum dimasak~




Pemprosesan Popiah yg telah dimasak~Nyum3x~rugi la tak rasa..^_^





kusyuk nyer ukhti2 ni buat keje~huhu..







Popiah yg telah siap dipacking untuk dihantar kpd pelanggan~sape berminat leh order^_^

*sesiapa yg berminat untuk membeli sempena Hari Raya Haji ni,leh la order pada Ukhti Roslina~013-4530402~

~akhir sekali, ana wakil Nisa' Lumut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban..^_^ Asif di ats segala kekurangan dan kelemahan pd diri ana..semoga Allah swt merahmati kita semua~amin..

-

Tuesday, August 16, 2011

Di samping mengedar bubur lambuk kita juga mengedar risalah doa dan tazkirah. Moga mendapat keberkatan usaha kita.
Antara yang terlibat.. Mantop, di bulan Ramadhan!
Minggu pertama. Masak di rumah Noraziah dgn bantuan muslimat jg.
Bubur lambuk .

Assalamualaikum w.b.t.
Inilah antara aktiviti yang diadakan oleh nisa' kawasan Lumut. Mengedar bubur lambuk ke bazar-bazar Ramadhan. tapi... sekali buat untuk satu tempat aje


Sunday, August 14, 2011

15 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum.

Hari ni 15 Ramadhan...ada masa lagi nak download 'software' & upgrade 'pc' kita sebaik mungkin...waktu ni SPECIAL OFFER, tak ada di bulan-bulan lain. Ada masa 15 hari lagi... jom!



Monday, August 8, 2011

Don't Miss This Oppurtunity


Lakaran sejarah menonjolkan ketibaan Ramadan sebagai bulan yang sinonim dengan kegemilangan ummah. Ramadan menyaksikan kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadan juga mengiringi ketibaan Islam di bumi Andalus. Ramadan mewarnai kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al-Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah Ramadan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghol di medan ‘Ain Jalut.

Demikianlah Ramadan dan kejayaan silam. Persoalannya, masihkah Muslim dan Ramadan itu, dilihat intim dalam hubungan yang gilang gemilang itu? Bagaimana Ramadan semalam dan bagaimana pula Ramadan hari ini? Masihkah Ramadan itu suatu latihan dan proses Rabbani, atau hanya adat di limpahan nikmat?

Jom muhasabah diri !

http://akademisinergi.com/

Wednesday, June 15, 2011

Tony Blair Akui Kehebatan Al-Quran


Tony Blair berkata beliau kini lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuat dirinya lebih memahami mengenai iman.

Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global,” katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang jelas atau panduan yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalah kitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan,” katanya.

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri di London pada 2005 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri. Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Blairakuikehebatanal-Quran/Article

Dipetik daripada: Blog Nisa' Shah Alam

Wednesday, June 8, 2011

Fadhilat Bulan Rejab

Assalamuaalikum w.b.t.

Salam ukhuwah, mahabbah fillah buat semua pengunjung dan ahli Nisa' Lumut sekalian. Setelah 7 hari bulan Rejab menjengah kehidupan kita, semoga kita dapat memanfaatkannya bersama. Banyak fadhilatnya di dalam bulan Rejab ini. Diharap entri kali ini tidak terlewat untuk kita sama-sama merebut peluang yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.

Jom kita muhasabah dan beramal sepanjang umur dan peluang yang Allah kurniakan ni !

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

~Nisa' Connecting Youth~

Tuesday, May 24, 2011

Program Bersama Ct Saloon

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ukhuwah dan perjuangan buat semua pengunjung blog Nisa' Lumut.

Sudah sekian lama menyepi daripada dunia blog. Walaubagaimanapun, aktiviti dan program masih terus dilaksanakan dan dirancang untuk kebaikan ummah. Menghadapi dunia di akhir zaman yang penuh mehnah dan tribulasi, menjadikan kami, team Nisa' Lumut berusaha sedaya upaya untuk mendekati dan membantu
nisa' sekalian ke arah yang diredhai Allah s.w.t InsyaAllah.

Untuk entry kali ini, jom kita tengok gambar aktiviti Nisa' Lumut bersama-sama pelajar Ct Saloon (^_^)

*maaf kerana kualiti gambar yang kurang jelas


InsyaALLAH bersua di lain entry !

Monday, May 2, 2011

Duhai isteri-isteri, jangan sesekali kau humban suamimu ke neraka

“Ulp, seksanya…,” reaksi saya selepas melepasi rumah jiran satu taman yang sedang menjemur kain.

“Apa yang seksanya?” soal isteri saya.

“Tadi itulaa…”

“Oooo…,” isteri saya mengangguk faham dan kemudian menyambung, “Orang sekarang bang, ada yang kisah…, ada yang tak kisah….”

“Bukan apa, kesian bagi yang memandang, kesian pada dia dan lebih kesian pada suami dia.”

Isteri saya mengangguk faham dan kami meneruskan perjalanan ke tempat kerja meninggalkan jiran satu taman tadi yang masih setia dengan aktiviti menjemur kain sambil berpakaian yang sangat-sangat tidak sesuai. Di sebalik kesalahan yang sudah dilakukan olehnya kami juga menyedari yang iman kami juga masih lemah sehingga tidak mampu menegur perbuatannya itu.

Kejadian pagi tadi mengingatkan saya kepada salah satu artikel berkenaan empat orang lelaki yang bakal ditarik oleh wanita ke neraka. Salah seorangnya ialah suami yang tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti membiarkan isteri berpakaian menjolok mata, tiada masalah membenarkan isteri bergaul bebas di pejabat lalu si isteri pula bertambah seronok memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Meskipun si suami itu seorang yang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal namun dia akan turut ditarik ke neraka oleh kerana perlakuan isterinya yang tidak ditegur.

Suami berhak menegur kerana itu sudah menjadi sebahagian tanggungjawabnya manakala peranan isteri pula janganlah kerana suami gagal menegur maka mereka pula menganggap boleh lakukan sesuka hati. Akibatnya suami mereka sendiri yang menerima beban diakhirat besok. Kita bernikah kononnya atas nama cinta, kasih dan sayang. Apakah selepas itu kita sanggup menghumban pasangan kita ke neraka? Sayangkah itu? Inikah yang dinamakan cintakan suami?

Peringatan bagi suami pula. Memang ada yang semasa kemaruk bercinta sanggup berjanji setia sehidup semati, lautan api sanggup kurenangi. Apakah ini yang dimaksudkan sanggup merenangi lautan api? Sanggupkah sama-sama merenangi api neraka bersama? Sekiranya tidak sanggup, cuba-cubalah menegur tingkah laku isteri yang menyalahi perintah agama. Janganlah sengaja meletakkan status suami yang dayus pada diri oleh kerana kegagalan kita membimbing wanita yang sudahpun kita nikahi.

Buat isteri dan juga buat suami. Sekiranya benar anda saling menyintai, sekiranya benar anda mahu sehidup semati. Jangan biarkan janji setia itu hanya bermain di bibir. bersama-samalah menuju redha ilahi.

Juga Satu Peringatan Untuk diri sendiri…

Dipetik daripada;
http://blog.nuaeman.com/agama/duhai-isteri-isteri-jangan-sesekali-kau-humban-suamimu-ke-neraka.html

Sunday, January 16, 2011

KUANTITI VS KUALITI AIR SUSU IBU & RAHSIA PEMBENIHAN ZURIAT

**Mohon maaf kerana membuka thread baru, hanya benar dan ikhlas untuk berkongsi dengan kalian semua rahsia ilmu ALLAH yang sangat luar biasa luasnya...untuk memudahkan penyemakan dan pencarian dilakukan...moga diberkati-NYA usaha secebis ini untuk kemaslahatan dan kebahagiaan umum...

---------------------------------------

Dengan nama ALLAH Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah episod cerita yang sedang berlaku pada seorang ibu bernama Norhafiza di sini dahulu yang begitu ingin menyusukan anaknya 2 tahun penuh tanpa solid food itu...? :)

Untuk pengetahuan semua, sewaktu sehingga sekarang usia anak saya yang sudah mencecah 16bulan++, alhamdulillah dalam kehendak PENCIPTA, susu uminya masih lagi setakat ini adalah makanan utamanya... :)

Pernah dalam 2 minggu lepas dalam masa 2 hari saya langsung tak makan apa2, cuma sekadar minum air masak (air tapis) sahaja (sulit untuk diceritakan sebabnya), tapi alhamdulillah bekalan susu (direct feeding) cukup untuk keperluan anak saya dalam masa 2 hari itu walau anak saya dalam masa 2 hari itu langsung tidak menyentuh apa-apa makanan lain...Sedangkan kalau dilihat secara mata kasarnya, air susu saya pada waktu itu dan sekarang ini sudah memang terlampau sangat sedikit, tetapi dibukakan-NYA lagi pencerahan kepada saya bahawa yang penting bukanlah KUANTITI susu, tetapi KUALITI susu yang terjana...

Contoh mudah, jika kita letakkan segelas setiap satu air zam-zam, air tapis RX-Water, air tapis Dr Sukida, air masak, air paip, dan air mata air, jika kita check, setiap jenis air itu punya gelombang tenaga yang sangat berbeza WALAU SECARA MATA KASARNYA semuanya adalah DALAM BENTUK FIZIK/RUPA YANG SAMA dan DALAM JUMLAH KUANTITI YANG SAMA...

Perbezaan tenaga yang sangat nyata akan dapat dikesan bila perbandingan tenaga dibuat antara contohnya air zam-zam dan air paip...WALAU RUPA DAN AMAUNNYA SAMA tapi tenaga yang terhasil dari air zam-zam walau diambil secawan kecil langsung tidak boleh diukur dengan air paip kebolehtenagaan positifnya itu...

Jadi secara asasnya, begitu juga air susu kita, tenaga yang terhasil pada air susu si ibu A contohnya mungkin sangat berbeza dengan tenaga yang terhasil dari air susu si ibu B...

Point penting yang saya nak berkongsi di sini adalah janganlah kalian semua terlampau fokus cuma untuk memperbanyakkan jumlah KUANTITI air susu sahaja, tapi terlampau pentingnya juga untuk kalian semua fokus pada usaha untuk MENINGKATKAN KUALITI AIR SUSU YANG DIHASILKAN jika benar kalian ingin memberikan yang terbaik buat si permata hati...

Asasnya melalui pemerhatian dan kajian yang telah dibuat (terlampau panjang ruang yang diperlukan kiranya untuk bercerita bagaimana asas ini dibentuk), secara mudah, KUALITI TENAGA pada air susu kita boleh ditingkatkan (dan sebaliknya juga akan sangat merudum ketiadaan tenaganya jika faktor ini diabaikan) melalui 4 cara,

1) pemakanan ibu (bersih, halal dan suci) = 10%
2) akhlak ibu (tenang, sabar, dan lain-lain akhlak terpuji) = 65%
3) gaya hidup, persekitaran kerja dan tempat tinggal ibu = 18%
4) lain-lain (perlu ruang banyak untuk dihuraikan) = 7%

Jadi, pengkhususan sepatutnya yang perlu kita fokuskan bukanlah semata-mata pada makanan apa yg sepatutnya diambil oleh ibu yang menyusu, tetapi apa yang sangat ramai dari kita yang terlepas pandang adalah dari segi penjagaan emosi dan penjanaan akhlak yang baik dari ibu yang menyusu...sangat besar rahsianya bila Rasulullah SAW mengajar kita, "JANGAN BERIKAN ANAK KAMU MENYUSU DENGAN PEREMPUAN GILA KERANA AIR SUSUNYA BERACUN"

Kerana gila itu adalah sejenis dari bentuk akhlak yang negatif...lagi sangat indah hadis Rasulullah SAW yang lain, "SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA"...ada rahsia sangat luar biasa di sebalik mereka yang mulia dan hebat akhlaknya dari segi kesihatan dan juga kebolehmampuan merasai ketenangan yang sangat mendamaikan sewaktu sementara berada di dunia yang pastinya akan binasa ini...

Telah diberikan-NYA sedikit pencerahan kepada saya dalam kebolehmampuan untuk menghuraikan secara saintifik kaitan antara 4 cara di atas serta peratusan tenaga yang terhasil atau tersusut pada sistem tubuh melalui kaedah penjelasan dalam bentuk gelombang (kerana tenaga boleh diukur melalui bentuk gelombang), tapi di sini saya takkan panjang lebarkan penjelasannya kerana memerlukan ruang yang sangat besar pula...

Cuma sekadar untuk pengetahuan, beberapa orang pensyarah berpangkat PHD dan ramai orang-orang terpelajar telah didatangkan-NYA untuk berjumpa dengan saya (dalam kehendak ALLAH) untuk hal ini dan telah kita terangkan kepada mereka pembongkaran ilmu ALLAH ini setakat mana yang dalam kehendaK ALLAH.

Satu lagi pembongkaran kecil berkaitan "kaedah" penghasilan zuriat, bagaimana faktor akhlak dan adab suami isteri sewaktu hubungan kelamin dilakukan yang dalam kehendak ALLAH pada waktu itu terjadinya pembentukan zuriat, sangat punya kaitannya dengan bagaimana terprosesnya DNA yang sungguh unik pada benih yang tercipta yang mana akan bagi pengaruh yang sangat besar pada pembawakan anak yang akan terhasil..

Pernah tak kalian terfikir kenapa budak-budak sekarang ini terlampau hyper aktif? tak dengar kata? tak boleh ditegur? Inilah sebenarnya hasil daripada hubungan kelamin yang dilakukan penuh dengan nafsu serakah semata-mata...lambakan video lucah di internet dan macam-macam lagi faktor penyumbang yang mempengaruhi kepada penghasilan akhlak dan adab yang buruk suami isteri sewaktu hubungan kelamin yang halal itu berlaku...kerana keinginan untuk meniru apa yang dilihat dan lain-lain yang sewaktu dengannya...

Contoh paling mudah, nasi goreng, halalkan untuk dimakan...tapi kalu kita makan nasi goreng itu tanpa baca bismillah, makan dengan gelojoh, ikut nafsu terlampau, maka kita makan dengan syaitan bukan? begitu jugalah hubungan kelamin, benar ianya halal, tetapi dengan akhlak dan adab yang teruk, maka hubungan bersama kita itu juga SAMA-SAMA "disertai" syaitan, dan sangat malanglah kalau sekiranya pada waktu itu dalam kehendak ALLAH terjadinya pembenihan zuriat; kerana banyak "akhlak syaitan" biasanya akan "terekod" dalam rahsia DNA zuriat yang terbentuk...

Jika benih yang terhasil itu tidak elok, jadi walau ianya "ditanam" di tanah yang subur / persekitaran tempat tinggal yang baik pun kebarangkalian untuk ianya ditimpa "penyakit" sangat tinggi, apatah lagi jika benih yang tak elok diletakkan di tanah yang tandus / persekitaran yang tak baik...?

Dan ingat kita tidak tahu bila akan terjadinya pembenihan, maka sentiasalah berakhlak dan beradab sewaktu melakukan hubungan kelamin...pelajarilah adab sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW tentang hal ini...lakukanlah hubungan bersama itu dengan penuh kasih sayang kerana ALLAH...

Cukuplah setakat ini dahulu dan insyaALLAH kiranya dilapangkan-NYA ruang dan waktu, saya akan menulis lagi pembongkaran-pembongkaran rahsia ilmu ALLAH yang tersangatlah luar biasa luasnya itu...

InsyaALLAH kita semua akan mendapat keberkatan...aamiiin...Wallahua'lam.

Nisa' Lumut: Dipetik daripada www.susuibu.com. Semoga menjadi manfaat kita bersama, insyaAllah

Tuesday, January 11, 2011

Santapan Rohani

-: Santapan Rohani :-

Seorang Muslimah diharuskan menjaga kesihatannya sebaik mungkin. Dikesempatan ni Nisa' Lumut nak kongsi sikit amalan sihat sunnah Rasulullah s.a.w.....

* Selalu bangun sebelum Subuh.
Selain untuk mendapatkan kesegaran udara, bangun sebelum subuh memberi hikmah untuk memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan.

* Aktif menjaga kebersihan
* Tidak Banyak Makan
* Gemar berjalan kaki
* Menahan Marah
* Optimis dan tidak putus asa
* Tidak pernah iri hati. Selain itu....
* Zikrullah dan Tilawahtil Al-Quran
* Menghafal Al-Quran
* Banyak Beristighfar
* Memperbanyak Berdoa
* Memperbanyak Selawat
* Qiamullail
* Memperbanyak ibadah-ibadah sunnah
* Membiasakan hal-hal yang baik