Friday, September 25, 2009

Selamat berpindah sahabat..

Wahai Sahabat,

Pergimu tiada pengganti. Kenangan bersamamu tetap di ingatan. Senyumanmu, gelak tawamu dan gurauanmu seperti baru semalam berlaku. Segala nasihatmu dan pandanganmu yang sentiasa 'fresh' membuat kami senang bekerja denganmu. Tetapi tanggungjawab mesti dilaksanakan. Demi suami tercinta, jawatan terpaksa dilepaskan. Tetapi ukhuwah tetap kukuh. Selamat Berpindah dan Selamat Berjaya di tempat baru..

Khas buatmu sahabat Puan Sharlizza Binti Haron
(Mantan Ketua Unit Kerjaya Nisa' Kawasan Lumut sesi 2009-2011)

Thursday, September 24, 2009

Program Ziarah Ramadhan

Assalamualaikum. Pada bulan Ramadhan lalu, Nisa Lumut telah turun ke kampung Sg. Tiram, Kg. Kayan dan Batu 14 untuk Program Ziarah Ramadhan. Program ini dijalankan bersama Muslimat Kawasan.

Pada tengahari 7 September 2009, Isnin, Team Madah telah bertungkus-lumus menyediakan nasi beriani untuk diagihkan kepada ibu tunggal dan orang miskin di Dun Pasir Panjang. Mereka di bantu oleh Muslimat kawasan dan Nisa Lumut.

Selesai masak, kerja membungkus pun diteruskan. Ianya menyeronokkan apabila kerja dijalankan bersama. bukan senang untuk Muslimat dan Nisa untuk bertemu di bulan Ramadhan ini, semuanya ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, kerja pembungkusan selesai.

Seterusnya, tugas mengedar dimulakan. Semua bungkusan diletakkan didalam kereta dan pengagihan kawasan dilakukan. Team A ke Sg. Tiram, Team B ke Kayan dan Team C ke Batu 14. Apabila tiba ke destinasi yang dijanjikan, sudah menunggu Muslimat Cawangan masing-masing.

Program Ziarah Ramadhan ini pun bermula, dengan ditemani oleh Muslimat Cawangan, kerja pengagihan menjadi lebih mudah. Juadah yang diedarkan ini untuk mereka berbuka puasa. Alhamdulillah, itulah hajat kami di Dun Pasir Panjang, selain merapatkan ukhuwah dengan semua yang terlibat. Program ini juga dapat menguji ketahanan diri semasa menjalani ibadah puasa.

Selesai mengedarkan sumbangan tersebut, Muslimat dan Nisa pun beredar semula pulang ke rumah bagi berbuka bersama keluarga masing-masing. Sekian.

Thursday, September 17, 2009

Ucapan Dari Nisa' Lumut Untuk Semua Muslim.

Assalamualaikum Semua. Nisa Lumut ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslim di dunia ini yang menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009. Kemaafan jua kami pohon diatas segala kesalahan dan kesilapan yang sengaja dan tidak sengaja kami lakukan. Sempena Aidilfitri yang mulia ini, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua muslim yang telah melengkapkan ibadah puasa mereka dengan seelok dan seikhlas yang mungkin.

Pesanan Nisa' Lumut pada semua yang sedang atau yang ingin pulang ke kampung sila lah berhati-hati di jalan raya. Dan selamat pergi dan selamat kembali hendaknya, Insyallah. Semoga dengan kepulangan kita, ibubapa lebih gembira dan ikatan persaudaraan sesama saudara kembali terjalin mesra.

Tidak dilupakan, nasihat untuk adik-adik yang bermain mercun. Hargailah nyawa anda, Cintailah anggota badan anda, Sayangilah ibubapamu dan duit mereka supaya jangan dibazirkan.

Wassalam. Selamat Berhari Raya....