Monday, June 29, 2009

Bersamamu...Nisa' Lumut

Salam ukhuwah, salam mahabbah untuk semua...

Kasih sayang merupakan perasaan fitrah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada makhluk ciptaan-Nya. Bukan sahaja manusia yang memiliki sifat ini, namun binatang juga berkasih sayang sesama mereka. Kita dituntut oleh Islam untuk berkasih sayang sesama manusia dan juga sesama makhluk Allah yang lain, hatta binatang, tumbuh-tumbuhan, alam sekitar dan lain-lain ciptaan-Nya.

Justeru, dengan sifat itulah Nisa' Lumut mengorak langkah untuk berbakti kepada golongan yang memerlukan bantuan. Bukan sahaja bantuan kewangan, malah menunjukkan keprihatinan golongan muda dan belia kepada warga tua yang perlukan kasih sayang daripada anak-anak muda.

Sepertimana yang telah dirancang, program gotong-royong Nisa' Lumut telah mencapai objektifnya apabila berjaya bersama-sama wakil DMPKL dan beberapa tenaga daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pasir Panjang ke sebuah rumah seorang warga emas wanita di Kampung Baru, Ayer Tawar pada 27 Jun 2009 jam 2.30 petang yang lalu.

Tuan rumah yang kami panggil 'opah' tinggal seorang diri di rumahnya dengan keadaan fizikal yang kurang upaya. Opah dikategorikan cacat kerana anggota tangan dan kaki beliau di sebelah kanan sudah tidak bolah berfungsi lagi. Ketibaan kami disambut dengan gembira oleh opah kerana setiap yang hadir, opah akan cium kami. Kelihatannya seperti merindui ciuman kasih seorang ibu kepada anaknya. Kami mendapat tahu bahawa opah mempunyai seorang anak perempuan yang telah berhijrah ke tempat lain kerana mengikut suami.

Program gotong-royong bermula dengan sebahagian daripada kami membersihkan ruang dapur, bilik air, ruang tidur opah, ruang tamu dan persekitaran di luar rumah opah. Berkat kerjasama ahli Nisa' Lumut, DMPKL dan Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang, kami berjaya membersihkan rumah opah dengan jayanya. Gembira rasa di hati melihat rumah opah sudah kemas dan bersih daripada habuk dan kotoran yang telah lama tidak dibersihkan.

Selesai sahaja mengemas dan membersihkan badan opah serta menukarkannya dengan baju baru, kami bersama-sama menjamu selera di luar rumah opah. Seperti berkelah rasanya kerana rumah opah tidak jauh dari laut. Hasil perkongsian rezeki ahli-ahli Nisa' Lumut dan DMPKL yang dibawa dari rumah masing-masing, makanan dikongsi bersama-sama dengan opah. Seronok opah agaknya petang ni kerana ramai anak-anak yang bersama-sama dengannya.

Nisa' Lumut mengharapkan agar usaha yang sedikit ini diberkati oleh Allah s.w.t dan diterima sebagai amalan kebajikan buat kami. Kami mengingatkan opah agar tetap melaksanakan amalan solat walaupun kita berada di dalam kesusahan. Semoga opah dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.

InsyaAllah kami akan mengunjungi opah lagi kerana masih ada yang sayang.....

Gambar akan menyusul kemudian, InsyaAllah.

Jumpa lagi.

Wednesday, June 24, 2009

Nisa' Sihat 2

Assalamualaikum semua, Nisa' Sihat kembali lagi. Kali ini Program Nisa' Sihat telah diadakan pada pagi hari Ahad, 21 June 2009 bertempat di Padang Permainan MPM.

Inilah di antara wajah-wajah yang telah menghadirkan diri pada program Nisa' Sihat 2 pada kali ini. (Sempat juga mereka bergambar ye..)

Tidak lengkap program Nisa' Sihat tanpa slot menimba ilmu. Semoga ilmu yang di timba di awal pagi hari Ahad tersebut dapat menjadikan kita sebagai muslimat yang mampu untuk berjihad di jalan Allah. InsyaAllah.

Pada kali ini, Nisa' Sihat 2 telah menjemput Cikgu Yati, Timbalan Muslimat Lumut untuk berkongsi ilmu beliau. Sungguh menarik tazkirahnya. Ianya berkisar tentang sukan menurut ajaran Islam.

Selain daripada tekun melakukan aktiviti riadah, ahli Nisa' Lumut juga tekun mendengar dan mencatit ilmu yang dicurahkan.

Nisa' Sihat 2 dilihat mampu melahirkan muslimat yang cergas, cerdas dan ceria. Ini tergambar pada wajah semua peserta Nisa' Sihat 2.
Pada akhirnya, sesi makan-makan menjadi pelengkap program Nisa' Sihat 2. Kepada semua ahli Nisa' yang setia dan remaja-remaja di luar sana yang ingin mengikuti program Nisa' yang seterusnya adalah amat dialu-alukan.
Jumpa lagi, InsyaAllah.

Tuesday, June 23, 2009

Pertandingan Bowling Nisa' Parit

AJK Nisa' Parit

Wakil Nisa' Kawasan Lumut
Alhamdulilah tahun ini Nisa' Parit dapat mengadakan pertandingan Bowling Nisa’ ’09 Piala Ketua Muslimat Parit yang telah diadakan pada 12 Jun 2009 di Pusat Bowling Jusco Ipoh bertemakan "Nisa' Cergas, Nisa' Cerdas" yang dianjurkan oleh Nisa' Kawasan Parit. Penyertaan adalah terbuka kepada wanita muslim dan bukan muslim yang berumur 15 tahun ke atas. Sebanyak 15 kumpulan yang telah mendaftar diri termasuklah Nisa' Kawasan Lumut.

Program Tahunan Nisa’ Parit ini telah dirasmikan oleh AJK Muslimat Pas Pusat merangkap Ketua Muslimat Parit, Dr. Najihatussaleha dan sedikit ucapan daripada Ketua Nisa' Perak, kak Kalilah.

Di dalam ucapan perasmian, beliau mengharapkan agar program sebegini diteruskan lagi di masa-masa akan datang sebagai medium sihat untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat. Menurutnya, berpakaian menutup aurat bukanlah kekangan untuk beraktiviti dan beliau juga menyeru agar remaja-remaja lain dapat menyertai aktiviti Nisa' di sepanjang cuti sekolah yang akan datang.
Nisa' Parit juga menyampaikan ucapan terima kasih mereka kepada Nisa' Kawasan Lumut kerana sudi untuk bersama-sama menyertai pertandingan tersebut.

Training Bowling





Pada Mei yang lalu, Nisa' Lumut telah mendapat jemputan daripada Nisa' Parit yang akan mengadakan pertandingan bowling. Maka, bersungguh - sungguhlah ahli Nisa' Lumut berlatih bermain bowling di Penama, Lumut. Bagi ahli Nisa' Lumut, inilah kali pertama mereka memegang, mengangkat dan membaling bola bowling yang berat itu.

Apabila ada masa terluang, Nisa' Lumut tidak mempersiakan masa tersebut dengan pergi berlatih bermain bowling. Ada yang pergi pada sebelah pagi bersama keluarga dan ada yang berlatih di sebelah petang bersama kawan-kawan.

Aktiviti yang sihat ini sebenarnya baik untuk semua. Tauke pusat bowling dapat untung, Nisa' Lumut pula semakin pandai bermain bowling dan ukhuwah sesama insan semakin rapat. Orang kata "semakin hari semakin sayang..". Inilah yang menguatkan lagi usaha Nisa' Lumut bagi mengadakan pelbagai aktiviti untuk Nisa' cawangan. Harap-harap dapatlah semua Nisa' dan muslimat menyertai aktiviti atau pertandingan ini, apabila ianya diadakan kelak. InsyaAllah.

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum semua. Nisa Lumut ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa yang ada di mukabumi Allah ini. Sesungguhnya bapa adalah pelengkap sebuah keluarga. Tanpa insan yang digelar bapa atau ayah atau walid atau abi atau abah atau daddy atau papa.. sebuah keluarga itu takkan lengkap.. Apapun gelaran yang diberi tugas dan tanggungjawab nya tetap sama..

Terima Kasih bapa.. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas pengorbananmu...

Saturday, June 20, 2009

Nisa Sihat Siri 1

Nisalumut telah mengadakan program Nisa Sihat 1 pada hari sabtu, Mei 2009 lalu. Program ini dianjurkan untuk memberi peluang kepada semua Nisa untuk melakukan aktiviti yang dapat menyihatkan badan dengan cara yang lebih menarik.

Dijemput juga Muslimat Kawasan Lumut untuk memeriahkan lagi program pada hari tersebut. Terima kasih kepada Ketua Muslimat, Pn. Rohawati yang telah sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama dengan Nisalumut.

Selepas penat melakukan aktiviti riadah, peserta juga dapat mengisi perut dengan makanan yang dijual oleh AJK Kebajikan Nisa Sihat bagi menambah dana NisaLumut.

Sambil mereka menjamu selera bersma-sama, ukhuwah yang selama ini telah terjalin akan menjadi lebih manis dan terikat kemas.

Ketekunan peserta Nisa Sihat dapat dilihat dari airmuka yang menunjukkan keseriusan mereka dalam sesi tazkirah Nisa Sihat.

Inilah Ketua Muslimat yang sudi hadir dan menyampaikan tazkirah mengenai konsep bersukan menurut ajaran Islam.

Aktiviti dimulakan dengan senaman ringan untuk memanaskan badan. Ianya mudah dan menyihatkan.

Inilah aktiviti poco-poco yang diketuai oleh Ustazah Khadijah. Senaman poco-poco amat sesuai untuk muslimat kerana ianya menarik dan menyihatkan. Cuma aturkan kaki anda mengikut rentak muzik poco-poco. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti pasti nak lagi.
Program Nisa Sihat 1 berakhir pada pukul 10:00 pagi. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari tersebut.
Nantikan kemunculan Nisa Sihat 2...

Foto Menarik Group Binding

Tekunnya adik-adik menyiapkan tugasan yang di beri.

Lekat kak...Jangan tak lekat...

Bersungguh-sungguh benar mereka membuat persembahan.

Anak-anak tetap peneman setia ibu.."Selamat Hari Ibu..Umi"

Muslimat juga turut serta membuat persembahan. Bestnyer...

Semua nak jawab..

AJK yang bertugas di kaunter pendaftaran.

Semua peserta ambil perhatian..

Penerangan yang padat dan ceria.

Bagus-bagus..Memang itu jawapannya.

Group binding

Assalamualaikum semua pembaca.. Alhamdulilah pada hari Ahad, 10 mei 2009 lalu telah berlangsung satu program anjuran Nisa Lumut iaitu Program Group Binding. Program yang ini telah di anjurkan bersama dengan Nisa Negeri Perak. Antara yang hadiri untuk menjayakan program ini ialah Haliza , Juliana dan Mazleen. Turut serta Ipoh timur untuk menjayakan lagi program pada hari tersebut.

Program di mulakan dengan ucapan Pengerusi majlis. Kemudian diikuti dengan ucapan Pengarah program. Seterusnya program diserahkan kepada penceramah motivasi dari Nisa Perak untuk memulakan acara ice breaking. Berkenalan dengan ahli-ahli di dalam kumpulan. Untuk mengikat tautan hati dan mantapkan Ukhuwah Fillah.. mesti bermula dengan taaruf dan berkenal kenalan.. Sempat Bersama berkenalan dengan pimpinan Nisa' Lumut yang baru bagi sessi 2009-2011.

Selepas berhenti rehat untuk membasahkan tekak yang dah mula terasa kering, aktiviti diteruskan denganSesi Taklimat dan penerangan berkenaan dengan Nisa dimulakan.. Walaupun ada sedikit masalah laptop yang telah diserang virus.. penerangan berkenaan dengan nisa' dapat diteruskan..'The latest Slide show' tentang aktiviti yang dilaksanakan oleh nisa' tidak dapat dipaparkan.. Kuiz berkenaan dengan nisa' dapat dijawab dengan baik oleh ahli-ahli nisa'... Peserta yang hadir memberi respon yang positif dan aktif dalam mengambil bahagian.
Dalam Slot Games Menara impian, peserta telah membina menara impian yang sangat menarik, kreatif dan mempunyai falsafah yang tersendiri yang menunjukkan kematangan dalam hala tuju nisa' pada masa hadapan.. Tahniah diucapkan..

Setiap tugasan kumpulan dibincangkan secara serius oleh semua ahli kumpulan. Kerjasama kumpulan yang baik seperti inilah yang kita mahukan. teruskan usaha adik-adik Nisa..
Satu keistimewaan yang dapat dilihat, kaum ibu dan muslimat memberi sepenuh sokongan moral terhadap program nisa' ... Syabas!!!
Terima kasih pada semua yang hadir dan memberi kerjasama yamg baik kepada Nisa Lumut untuk melancarkan lagi perjalanan program group binding ini.

Syukran..Wassalam.

Tuesday, June 16, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat juga blog Nisalumut di siapkan. Walaupun masih dalam pembinaan tapi ia dapat membantu untuk menyampaikan maklumat kepada semua. Nisalumut amat berterima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama yang tidak mampu dibalas oleh Nisalumut. Inilah tatapan yang pertama dari Nisalumut. Wassalam..