Friday, September 25, 2009

Selamat berpindah sahabat..

Wahai Sahabat,

Pergimu tiada pengganti. Kenangan bersamamu tetap di ingatan. Senyumanmu, gelak tawamu dan gurauanmu seperti baru semalam berlaku. Segala nasihatmu dan pandanganmu yang sentiasa 'fresh' membuat kami senang bekerja denganmu. Tetapi tanggungjawab mesti dilaksanakan. Demi suami tercinta, jawatan terpaksa dilepaskan. Tetapi ukhuwah tetap kukuh. Selamat Berpindah dan Selamat Berjaya di tempat baru..

Khas buatmu sahabat Puan Sharlizza Binti Haron
(Mantan Ketua Unit Kerjaya Nisa' Kawasan Lumut sesi 2009-2011)

Thursday, September 24, 2009

Program Ziarah Ramadhan

Assalamualaikum. Pada bulan Ramadhan lalu, Nisa Lumut telah turun ke kampung Sg. Tiram, Kg. Kayan dan Batu 14 untuk Program Ziarah Ramadhan. Program ini dijalankan bersama Muslimat Kawasan.

Pada tengahari 7 September 2009, Isnin, Team Madah telah bertungkus-lumus menyediakan nasi beriani untuk diagihkan kepada ibu tunggal dan orang miskin di Dun Pasir Panjang. Mereka di bantu oleh Muslimat kawasan dan Nisa Lumut.

Selesai masak, kerja membungkus pun diteruskan. Ianya menyeronokkan apabila kerja dijalankan bersama. bukan senang untuk Muslimat dan Nisa untuk bertemu di bulan Ramadhan ini, semuanya ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, kerja pembungkusan selesai.

Seterusnya, tugas mengedar dimulakan. Semua bungkusan diletakkan didalam kereta dan pengagihan kawasan dilakukan. Team A ke Sg. Tiram, Team B ke Kayan dan Team C ke Batu 14. Apabila tiba ke destinasi yang dijanjikan, sudah menunggu Muslimat Cawangan masing-masing.

Program Ziarah Ramadhan ini pun bermula, dengan ditemani oleh Muslimat Cawangan, kerja pengagihan menjadi lebih mudah. Juadah yang diedarkan ini untuk mereka berbuka puasa. Alhamdulillah, itulah hajat kami di Dun Pasir Panjang, selain merapatkan ukhuwah dengan semua yang terlibat. Program ini juga dapat menguji ketahanan diri semasa menjalani ibadah puasa.

Selesai mengedarkan sumbangan tersebut, Muslimat dan Nisa pun beredar semula pulang ke rumah bagi berbuka bersama keluarga masing-masing. Sekian.

Thursday, September 17, 2009

Ucapan Dari Nisa' Lumut Untuk Semua Muslim.

Assalamualaikum Semua. Nisa Lumut ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslim di dunia ini yang menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009. Kemaafan jua kami pohon diatas segala kesalahan dan kesilapan yang sengaja dan tidak sengaja kami lakukan. Sempena Aidilfitri yang mulia ini, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua muslim yang telah melengkapkan ibadah puasa mereka dengan seelok dan seikhlas yang mungkin.

Pesanan Nisa' Lumut pada semua yang sedang atau yang ingin pulang ke kampung sila lah berhati-hati di jalan raya. Dan selamat pergi dan selamat kembali hendaknya, Insyallah. Semoga dengan kepulangan kita, ibubapa lebih gembira dan ikatan persaudaraan sesama saudara kembali terjalin mesra.

Tidak dilupakan, nasihat untuk adik-adik yang bermain mercun. Hargailah nyawa anda, Cintailah anggota badan anda, Sayangilah ibubapamu dan duit mereka supaya jangan dibazirkan.

Wassalam. Selamat Berhari Raya....

Thursday, August 27, 2009

Istigfarlah....

Sekadar untuk renungan kita bersama sempena bulan ramadan yang mulia ini.

Anakku,

Dan pada sebahagian malam, solatlah tahajud”.
(Al-Israa’:79)

Dan di akhir malam, mereka memohon ampun”.
(Adz-Dzariyaat:18)

Dan mereka yang memohon ampun pada dinihari”.
(Ali ‘Imran:17)


Ayat-ayat diatas adalah sebagai perintah untuk menyatakan syukur dan mengingati Allah. Rasulullah S.A.W bersabda:

Tiga macam suara yang disukai Allah: suara ayam jantan, suara orang yang baca Al-Quran dan suara merak yang memohon ampun di waktu malam hari”.

“Sesungguhnya, Allah menciptakan angin yang bertiup di waktu malam membawa zikir dan istighfar kepada Tuhan Yang Maha Perkasa,” ucap Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah. Lalu, dia meneruskannya. “Pada awal malam, seorang Malaikat berseru dari bawah Arasy: Hendaklah bangun orang-orang yang beribadah. Maka mereka pun bangun dan beribadah.Lalu, Malaikat berseru ditengah malam: Hendaknya bangun orang-orang yang solat diwaktu malam. Maka mereka bangun dan solat sampai dinihari. Pada waktu itu, Malaikat pun berseru: Hendaklah bangun orang-orang yang memohon ampun. Apabila terbit fajar, seorang Malaikat berseru: Hendaklah bangun orang-orang yang lalai. Maka mereka pun bangun dari tempat tidurnya, bagai orang mati yang dibangunkan dari kubur mereka.”

Kita didalam golongan yang mana???? Fikirkan lah..
Semoga Ramadhan berlalu dengan memberi seribu satu kejayan untuk kita..Wallahualam.

(Dipetik dari buku wasiat-wasiat penting kepada umat islam)

Sunday, August 23, 2009

Sukaneka Diambang Merdeka

Batu 14, Lekir, Jumaat, 14 ogos lalu telah berlangsung satu lagi program Sukaneka Di ambang Merdeka sempena bulan kemerdekaan ini.

Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin serta Datin Seri Fatimah turut memeriahkan lagi program ini. Inilah kunjungan yang amat diharapkan oleh Cawangan Batu 14.

Balingan Dato dan Datin adalah sebagai tanda perasmian Program Sukaneka Di Ambang Merdeka pada hari tersebut.

Semua yang hadir menyaksikan acara sukaneka yang sedang dijalankan. Walaupun cuaca panas, mereka tetap setia di tepi padang untuk memberikan sokongan padu pada sahabat yang sedang bertanding.


Inilah diantara muslimat Bt 14 yang bertungkus-lumus menjayakan program sukaneka di Ambang Merdeka.

Datin serta tetamu yang hadir sabar menyaksikan acara sukaneka yang sedang berlangsung dari bawah khemah.

Tidak ketinggalan, Muslimin turut menyertai acara tarik tali yang merupakan salah satu acara yang dipertandingkan.

Tiup tepung untuk mengambil coklat adalah acara glamour untuk kanak-kanak pada hari tersebut.


Ini pula acara perang belon khas untuk kanak-kanak 7-12 tahun.


Acara pancing botol krusus untuk para muslimat diadakan secara berkumpulan.


Inilah acara yang lebih menggamatkan lagi suasana iaitu acara tarik guni.


Setelah selesai semua acara yang dipertandingkan. Kini tibalah pula acara penyampaian hadiah.


Datin Seri Fatimah diiringi oleh Pn. Rohawati, ketua muslimat Kawasan Lumut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukaneka.

Nisa Lumut yang turut menyertai acara sukaneka merasa amat bersyukur kerana dapat memenangi hadiah acara bowling kelapa.Tahniah nisa!

Terima kasih... Inilah yang mampu diucapkan oleh semua pemenang acara sukaneka.



Dato juga tidak ketinggalan menyampaikan hadiah pertandingan tarik tali dan juga cabutan bertuah.

Saturday, August 15, 2009

Tips untuk muslimah


Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapat mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa.

Untuk mendapat bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.

Untuk mendapat rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.

Jadi, jangan sesekali kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu untu menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambut.

Kecantikan wanita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanya terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih, meberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Majlis Berbuka Puasa Nisa Lumut 2

Majlis Berbuka Puasa Nisa Lumut 2, diadakan padahari isnin bersamaan 3 Ogos 2009 bertempat di rumah Ketua Nisa, Pn Roslina Nor. Semua Ajk Nisa Lumut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

Walaupun penat berpuasa, semua tetap hadir dengan ceria dan sabar menunggu azan magrib berkumandang.
Alhamdulillah, kerana Nya kami mampu menyelesaikan puasa sunat ini. Juadah yang dihidang di makan ala kadar untuk melapik perut yang kosong sebelum solat maghrib berjemaah ditunaikan.

Jamuan diteruskan lagi selepas kuliah maghrib oleh muslimat yang turut hadir pada majlis tersebut.


Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang bersama-sama berpuasa sunat hari isnin, Kini merekalah insan yang paling seronok ketika berbuka.



Majlis berakhir dengan sedikit ucapan dari tuan rumah yang juga menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke.... Sekian.