Thursday, September 24, 2009

Program Ziarah Ramadhan

Assalamualaikum. Pada bulan Ramadhan lalu, Nisa Lumut telah turun ke kampung Sg. Tiram, Kg. Kayan dan Batu 14 untuk Program Ziarah Ramadhan. Program ini dijalankan bersama Muslimat Kawasan.

Pada tengahari 7 September 2009, Isnin, Team Madah telah bertungkus-lumus menyediakan nasi beriani untuk diagihkan kepada ibu tunggal dan orang miskin di Dun Pasir Panjang. Mereka di bantu oleh Muslimat kawasan dan Nisa Lumut.

Selesai masak, kerja membungkus pun diteruskan. Ianya menyeronokkan apabila kerja dijalankan bersama. bukan senang untuk Muslimat dan Nisa untuk bertemu di bulan Ramadhan ini, semuanya ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, kerja pembungkusan selesai.

Seterusnya, tugas mengedar dimulakan. Semua bungkusan diletakkan didalam kereta dan pengagihan kawasan dilakukan. Team A ke Sg. Tiram, Team B ke Kayan dan Team C ke Batu 14. Apabila tiba ke destinasi yang dijanjikan, sudah menunggu Muslimat Cawangan masing-masing.

Program Ziarah Ramadhan ini pun bermula, dengan ditemani oleh Muslimat Cawangan, kerja pengagihan menjadi lebih mudah. Juadah yang diedarkan ini untuk mereka berbuka puasa. Alhamdulillah, itulah hajat kami di Dun Pasir Panjang, selain merapatkan ukhuwah dengan semua yang terlibat. Program ini juga dapat menguji ketahanan diri semasa menjalani ibadah puasa.

Selesai mengedarkan sumbangan tersebut, Muslimat dan Nisa pun beredar semula pulang ke rumah bagi berbuka bersama keluarga masing-masing. Sekian.

1 comment: