Tuesday, May 24, 2011

Program Bersama Ct Saloon

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ukhuwah dan perjuangan buat semua pengunjung blog Nisa' Lumut.

Sudah sekian lama menyepi daripada dunia blog. Walaubagaimanapun, aktiviti dan program masih terus dilaksanakan dan dirancang untuk kebaikan ummah. Menghadapi dunia di akhir zaman yang penuh mehnah dan tribulasi, menjadikan kami, team Nisa' Lumut berusaha sedaya upaya untuk mendekati dan membantu
nisa' sekalian ke arah yang diredhai Allah s.w.t InsyaAllah.

Untuk entry kali ini, jom kita tengok gambar aktiviti Nisa' Lumut bersama-sama pelajar Ct Saloon (^_^)

*maaf kerana kualiti gambar yang kurang jelas


InsyaALLAH bersua di lain entry !

Monday, May 2, 2011

Duhai isteri-isteri, jangan sesekali kau humban suamimu ke neraka

“Ulp, seksanya…,” reaksi saya selepas melepasi rumah jiran satu taman yang sedang menjemur kain.

“Apa yang seksanya?” soal isteri saya.

“Tadi itulaa…”

“Oooo…,” isteri saya mengangguk faham dan kemudian menyambung, “Orang sekarang bang, ada yang kisah…, ada yang tak kisah….”

“Bukan apa, kesian bagi yang memandang, kesian pada dia dan lebih kesian pada suami dia.”

Isteri saya mengangguk faham dan kami meneruskan perjalanan ke tempat kerja meninggalkan jiran satu taman tadi yang masih setia dengan aktiviti menjemur kain sambil berpakaian yang sangat-sangat tidak sesuai. Di sebalik kesalahan yang sudah dilakukan olehnya kami juga menyedari yang iman kami juga masih lemah sehingga tidak mampu menegur perbuatannya itu.

Kejadian pagi tadi mengingatkan saya kepada salah satu artikel berkenaan empat orang lelaki yang bakal ditarik oleh wanita ke neraka. Salah seorangnya ialah suami yang tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti membiarkan isteri berpakaian menjolok mata, tiada masalah membenarkan isteri bergaul bebas di pejabat lalu si isteri pula bertambah seronok memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Meskipun si suami itu seorang yang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal namun dia akan turut ditarik ke neraka oleh kerana perlakuan isterinya yang tidak ditegur.

Suami berhak menegur kerana itu sudah menjadi sebahagian tanggungjawabnya manakala peranan isteri pula janganlah kerana suami gagal menegur maka mereka pula menganggap boleh lakukan sesuka hati. Akibatnya suami mereka sendiri yang menerima beban diakhirat besok. Kita bernikah kononnya atas nama cinta, kasih dan sayang. Apakah selepas itu kita sanggup menghumban pasangan kita ke neraka? Sayangkah itu? Inikah yang dinamakan cintakan suami?

Peringatan bagi suami pula. Memang ada yang semasa kemaruk bercinta sanggup berjanji setia sehidup semati, lautan api sanggup kurenangi. Apakah ini yang dimaksudkan sanggup merenangi lautan api? Sanggupkah sama-sama merenangi api neraka bersama? Sekiranya tidak sanggup, cuba-cubalah menegur tingkah laku isteri yang menyalahi perintah agama. Janganlah sengaja meletakkan status suami yang dayus pada diri oleh kerana kegagalan kita membimbing wanita yang sudahpun kita nikahi.

Buat isteri dan juga buat suami. Sekiranya benar anda saling menyintai, sekiranya benar anda mahu sehidup semati. Jangan biarkan janji setia itu hanya bermain di bibir. bersama-samalah menuju redha ilahi.

Juga Satu Peringatan Untuk diri sendiri…

Dipetik daripada;
http://blog.nuaeman.com/agama/duhai-isteri-isteri-jangan-sesekali-kau-humban-suamimu-ke-neraka.html