Tuesday, October 4, 2011

~Sambutan Ulangtahun Pas ke-60 tahun~





Bismillahirrahmannirrahim...

Assalammualaikum wbt,

Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam redha dan kasih sayang Allah sentiasa hendaknya. Dikalung kesihatan dan kekuatan serta kesabaran menghadapi perjalanan hidup yang masih ada. Kami Nisa' Kawasan Lumut, alhamdulillah sihat walafiat dengan izin Allah swt.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dengan izin dariNya telah memberi peluang kepada kami wakil Nisa' Kawasan Lumut mengikuti program Sambutan Ulangtahun Pas ke-60 tahun baru-baru ini pada 30/9/11 & 1/10/11 bersamaan 2 & 3 Zulkaedah 1432 Masihi di Dewan Milenium, Kepala Batas Pulau Pinang.

Kebanyakan jemputan dihadiri oleh semua ahli perhubungan Pas Negeri, pimpinan Pas kawasan, pimpinan Pas Cawangan, ahli-ahli Pas, ahli Dewan Muslimat Pas Negeri serta Nisa' wakil Negeri. Tidak ketinggalan, wakil Nisa' Lumut juga tidak melepaskan peluang untuk join program di sana. Walaupun penat tapi seronok bile turut serta menyertai program bersama pimpinan Pas dan join aktiviti2 yang dianjurkan. Alhmdulillah program mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga jangkaan kehadiran melebihi 10 ribu orang.


Di antara wakil Nisa' Kawasan Lumut yg join Program Sambutan Ulangtahun Pas iaitu dari kiri ukhti ayu, ukhti tira, ukhti Hidayah, ukhti Ina, ukhti syuhada, ukhti syikin, dan ukhti asma. Waktu ni, kami baru je sampai di Dewan Milenium utk mengambil baju Nisa' Penang bg acara kawad esok(pagi Sabtu).


Persembahan kawad Muslimat Nisa', time ni rasa macam nak tergelak pon ada sbb komander yg bagi arahan tu garang sgt..hehe..berlari2 kami dari jauh menuju ke perbarisan..mmg tak dpt dilupakan la..^_^



Tinjauan dari YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


Perasmian Ameerah & 'Gelombang Epal Hijau' oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


sewaktu Pelancaran 'Ameerah' & Gelombang Epal Hijau di Dewan Milenium ~warna Hijau yg cantik ^_^
~Bangun Muslimat!!Bangun dari lenamu..korbankan jiwa & ragaMu serta harta benda di Medan Jihad Fisabilillah, bantuanmu amat diperlukan untuk menjadi pendokong serta semangat dlm menengakkan Daulah Islamiyah..Takbir!!Allahuakhbar3x.~

geng Muslimat Nisa' kawasan Lumut.."Gelombang Epal Hijau" -best sangat time ni,moga jalinan ukhwah berkekalan sampai bile2..~kenangan2~

Tidak ketinggalan juga Bridget Muslimat untuk aktiviti Perasmian Gelombang Epal Hijau. sewaktu ni, ana pun join juga sekadar memenuhi ruang perbarisan kawad saje..syabas kepada sahabat2 seangkatan Bridget Muslimat!!..insyaAllah di lain hari kita pasti akan bertemu lagi..~ukhwah itu sangat manis tidak kira susah mahupun senang, yang penting kita bertemu dan berpisah sumenya kerana Allah swt~^_^






Pengedaran buah epal hijau kepada muslimat2..~time ni kebanyakannya ramai tak dapat epal sebab sikit jer~^_^

Akhir kata, semoga Allah swt merahmati sekalian yang terlibat secara langsung atau tidak. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan ganjaran atas sumbangan dan bantuan semua. Mohon maaf dari ana wakil Nisa' Kawasan Lumut andai tersalah bicara dan terguris hati, harap dimaafkan..Doakan kami dalam meneruskan legasi serta pelapis yang dapat menjadi penyelamat umat..amin..^_^ sekian.



1 comments:

  1. salam. tumpang tanya. ada mana2 source tak untuk beli baju/badges sambutan ulangtahun PAS ke-60 tempohari?

    url: www.puteri88.blogspot.com

    ReplyDelete